Sunday, January 29, 2012

Anugerah Juara Lagu ke 26.

Assalamualaikum..


Debaran kian terasa, Anugerah Juara Lagu 26 akan berlangsung pada malam ini pada pukul 9.00 Bukit Jalil Kuala Lumpur dan bersiaran langsung semestinya di TV3. Boleh jadi pengacara x? :) Juara lagu ni mesti akan berlangsung setiap tahun kan? dari kecik lagi memang da ada benda ni. Juara Lagu yang paling minat masa Misha Omar menang. xtahu tu tahun berapa. Da lama sangat. Sejak dari hari tu mula minat dengan Misha Omar ni kan.
Gambar masa Misha Omar menang dulu. ;)

sekarang dah tak tau apa cerita Misha Omar ni kan. Kita kembali kepada entry sebenarlah ye. Malam ni dah tak saba rasa nya nak tengok AJL ni kan. Semua banyak muka-muka baru. termasuk penyanyi Cinta Muka Buku. Budak lagi laaa dia da masuk AJL. BEST!~ Saya suka banyak penyanyi sebenarnya. Jaclyn pon ok. 3 suara confirmlah oke. kalau yang sorang tu tukar dengan Misha Omar mesti lagi bestkan. Suara Misha lagi mantaps kot. ;) btw, goodluck semuaaa ;)





Whole Day With Beloved Friends.

Assalamualaikum..

Rasa terlalu lama tidak meng'update' blog ni. Cakap terlalu busy, tak jugak. Malas rasanya. Rasa hari ni nak update blog banyak-banyak. Walaupun kerja berlambak. Kena juga tengok keadaan blog ni kan? Banyak benda mau update. Biasa orang dari A-Z, I pula dari Z-A. Cakap macam tu sebab aktivit yang paling latest dulu I update. Yang da lelame tu nanti-nantilah. rasa malas pula. Tanak cakap banyak. Letak gambar je lah jawabnya kalau malas kan. Lama sangat edit gambar yang terlalu banyak ni. Lebih kurang sejam kot. :) Selamat melihat gambar-gambar yang tak seberapa ni. Dari Sutera Habour Resort hinggalah ke Tanjung Aru First Beach ;)


























Thursday, January 19, 2012

HafizZainal's Contest - Senyuman Mahal II

Assalamualaikum,

Sebelum memulakan pembelajaran, baru ingat saya nak join plak contest Hafiz Zainal ni. Hehe. Macam best la plak kan. ;) Contest ni sesape pun boleh join jugak kan? Yang penting ikut rules yang telah dibagi tu la ok? Sesiapa yang suke bergambar-gambar tersengih mengih tu macam saya ni. Marilah join sesame ;)

1. Buat satu entry yang bertajuk 'HafizZainal's Contest-Senyum Mahal II' - Im Done*


2. Letak banner contest ni di dalam entry anda and make sure link kan terus ke contest ini '- Im Done*






Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Contest ni. Silalah Click Click gambar tu yerr..



3. The most important thing is korang kena letak pic korang yang SENYUM. Tak kiralah banyak mana. :) Hafiz akan pilih yang terbaik :)
~ Aku letak 3 gambar kot. kalau aku rajinlah kan? hehe. saje je buat banyak pilihan ann. mana la tau boleh menang. ahaaks. perasan sangat.


 First
Second
Third.

4. Jawab soalan ini dengan dengan ringkas. Simple-simple je. Nak buat 1 ayat pun boleh jugak. Jangan buat karangan panjang2 sampai boleh buat novel suda. Haha.

i-Ceritakan kenapa anda rasa gambar senyuman anda ini adalah senyuman mahal? Saya rasa senyuman ini adalah paling mahal kerana paling ikhlas kot. aha. xderlah. Setiap orang mempunyai kemanisan sendiri  dalam senyuman rite. So, saya rasa saya pun ada kemanisan dalam senyuman ni ;)

ii- Kenapa anda berminat utk join contest nie ?
Sebab I minat. Banyak kot gambar yang menarik dan yang senyum menyum ;) Suka senyum kot. dah diberikan pancaindera untuk senyum, kita senyumlah kan? 

iii- Apa 1st impression korang terhadap org yg pakai braces ?
Orang pakai braces ni seorang yang berani dan cute ! Berani sebab, pasang braces tu bukan senang-senang, kena demam-demam untuk tahan sakit. Saya tahu sebab ada seorang Cousin saya pernah gunakan braces. Comel sebab, kalau dorang senyum, gigi diorang ada berlian :) Kilat-kilat gitu ;P

5) Sebagai yuran contest nie, kene la follow my blog and "like" my fanpage utk sentiasa update dengan perkembangan contest nie. *Already*




6) Jangan lupa utk letakkan link entry korang dekat ruangan comment entry nie, so senang la Hfz nak menilai entries korang yg sudi join =) *DAH SIAP ENTRY AKAN KU TINGGALKAN LINK*



7) Lastly, just tag 3 org rakan bloggers korang and make sure dorang taw yg dorang telah di tag ok . Barulah meriah. hehe :) *DONE*


Fuhh... lama jugak buat entry ni sebab nak menjayakan entry ni saya sanggup. hehe. sekarang tengah hurry untuk pergi airport. bye. harap-harap Encik Hafiz dapat baca la entry saya ni kan? ;)

Wednesday, January 18, 2012

Don't Speak.

Assalamualaikum..

Dah lama xupdate tetiba TERbanyak pulak updatekan? Xpala kan? Terlalu rajin. sebab sebelum-sebelum ni terasa sangat malas yang teramat sangat. Hah. Malas YANG TERAMATkan? hehe. Sekarang nak update pasal banyak benda.. Tapi rasa-rasa pasal dua benda ja la ni. Sekarang tengah tengok Drama kat tv3 ni. Terlalu boring dan tiada channel yang lain terpaksa layanlah kan? lama-lama tersuka pulak. Cerita Gemersik Kalbu ni. Cerita ni adaptasi Novel Gemersik Kalbu. Sekarang ne terlalu banyak dah cerita adaptasi novel kan. Mungkin da xada idea lain terpaksa adaptasi novel ja kan? Saya cakap ja. Pendapat sahaja ok? Sweet ba pulak Aqasha ni. haha. selama ni dia belakon dak pernah sesuweet ini. Hehe. Jatuh Cinta rasa nya. Nasiblah suda kawin dan ada babykan.

Novel Adaptasi


Sekaran pulak tengah nak struggle untuk study Quiz, Esok ada quiz Marketing. Tibalah masanya untuk memerah otak lagi. Dah lama rasanya xmemerah otak kan. hehe ;) Bye.





Assalamualaikum.. 

Bakery And Confectionery.

Assalamualaikum..

Sekarang nak cerita pasal kelas-kelas yang saya ambil untuk semester 5. Bakery and Confectionery ni saya belajar tentang cara-cara membuat beberapa doh untuk dijadikan bun dan lain-lain.


Pullman Bread is done !

Ours



Sausage Bun

Tausa Bun

While Baking

Buttermilk Bun

Sebok je budak ne. aha. Ada tangan lagi uh. :D

Apa yang seyes sangat nak piping tu? aha
Spicy Sausage Bun done :)

Pray for Arwah Adik Ahmad Raif Nufail. الْحَمْدُ لِلَّهِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Assalamualaikum,

Saya dikejutkan apabila buka twitter untuk memulakan tweet, tapi banyak yang post pasal adik ni. Minta maaf saya xtahu pun cerita adik ni. Tapi saya search-google, dapatlah serba sedikit tentang adik nie. Sebelum ni, dia menderita kerana Kerosakan Otak, mungkin sebab otak tak dapat berfungsi dengan baik. Yang saya baca begitulah orang ramai katakan.Saya hanya baru mengetahuinya dan sama-sama kita mendoakan dia bahagia di-Sana. -Al-Fatihah-....



Gambar Arwah Adik Raif Nufail.-Al-Fatihah-..



Sedikit sebanyak berkata tentang arwah. 

Bersama-sama kita mendoakan dan berharap adik yang kuat ini akan ditempatkan dengan orang yang beriman. Allah loves him, so he take him away from us and bring Raif to him. Raif we loves u. 

الْحَمْدُ لِلَّهِ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saturday, January 14, 2012

Last night........

Assalamualaikum,

Semalam tengah syok-syok tengok tv *Night at the museum* dan online. TUP. Black out, so kawan-kawan semua terkejut. AKu relax jak lah. Online di hp lagi la kalau x boleh online di laptop. So ada kawan ni, niena, ketakutan dalam dapur, so aku torchligtkan lah dia dalam gelap aku pun berjalan sambil menerangi jalan menggunakan hp. Then kami semua ada di ruang tamu. Selepas tu, hidup elektrik, then mati lagi. What going on with the terminal. Relax jak lah. Then semua pun stress, rasa mengantok lagi. Semua masuk dalam bilik yang gelap, (memang gelap pun selalu, bulb da mati. haha). Semua ambil posisi masing-masing. Then, ready untuk tidur. Aku rasa semua sudah terlelap. Lepas tu aku pulak xboleh tidur. huhhh... Tiba-tiba ada bunyi 'TOK TOK TOK'. Aku biarkan sebentar mungkin salah dengarkah kan. Sebab ada satu lagi kawan keluar tadi. Tapi lupa tnya dia balik ka tidak. Then dengar lagi bunyi 'TOK TOK TOK' aku pun fikir, ohh Jaja lah ni. Aku pun buka pintu, aik, xda. Ohh, memang salah dengarlah tu. Masuk bilik lagi. Baring ja, terus dengar lagi bunyi tu, OMG! Biar jak lah. Kalau dia balik mesti dia call tu. Aku abaikan jak lah bunyi-bunyi tu. Sampailah terlelap.. ~


Assalamualaikum....

Tuesday, January 10, 2012

Lesen memandu automatik hanya boleh memandu kereta automatik.

Assalamualaikum,

Kontroversi baru lagi, baru-baru ni, lesen memandu ada dua suda, yang lama dulu diperkenalkan lesen memandu menggunakan kereta manual. yang baru ni, lesen memandu menggunakan kereta automatik. So, dengan penambahan jenis lesen memandu ni, mesti ada benda yang baru lagi kan, prosedur baru dan lain-lain. So, kerajaan bagi lah satu lagi kontroversi yang lesen memandu kereta auto hanya boleh pandu kereta automatik, tidak kepada kereta manual. kalau kedapatan, habislah, duit terbang lagi lah kan? tapi benda ni belum confirm lagi. hanya di war-warkan di media bertulis jak. Dijangka akan berkuat kuasa pada Mei 2012 ni. Inilah aritikel aku baca tadi. bukan basah basi ya? ;D Sebentar..... 


May 2012 - Boleh Pilih Lesen Memandu Auto Atau Manual

IPOH 10 Jan. - Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

"Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

"Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar. Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA.

Kuku dan Cincin

Assalamualaikum..


Hari ni nak cerita pasal kuku dan cincinlah pulak. baru lepas baca di Laman sosial ni. hehe. Facebook lah kan. apa lagi. Kalau twitter manalah share benda-benda panjang berjelah ne. hehe. Ini saja-saja nak share ja ya. Selamat Membaca.. ;)
Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je...ramai yang dah tahu dosa pahala tapi ramai juga yang belum tahu. Untuk yang belum tahu maka tulisan Tok Wan ni untuk korunk. Yang dah tahu tu...Alhamdulillah... Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!!... (oppsskhinzir lembut sikit), jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda. Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak. Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala. Percayalah. Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah. Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya. Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Baginda, Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari; 2] jari kelingking (anak jari)dan jangan memakai pada jari; 1] jari tengah 2] jari telunjuk Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jaritelunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s. Perhatian





Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.


p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.


Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani (10/345) menyebut:


لم يثبت في ترتيب الأصابع عند القص شيء من الأحاديث .... وقد أنكر ابن دقيق العيد الهيئة التي ذكرها الغزالي ومن تبعه وقال : كل ذلك لا أصل له ، وإحداث استحباب لا دليل عليه ، وهو قبيح عندي بالعالم ، ولو تخيل متخيل أن البداءة بمسبحة اليمنى من أجل شرفها فبقية الهيئة لا يتخيل فيه ذلك . نعم ، البداءة بيمنى اليدين ويمنى الرجلين له أصل وهو (كان يعجبه التيامن)


Maksudnya: "Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun... Ibn Daqiq al-'Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: "Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan."













Assalamualaikum...

Aktiviti Sepanjang Hari Ini.

Assalamualaikum,


Saya nak cerita semuaa kejadian hari ini. hehe. banyak bendaaa mahu ceritaa sebenarnya ni. Baru tengahmalam ni yang rasa rajin sikit mau update blog. hehe. Dari awal pagi, bangun pukul 8.30pagi, iron baju, mandi & bersiap untuk ke kelas pada pukul 10.15pagi. Kira awal la ni kamu pegi kelas pukul 9.30 suda gerak dari ruma, biasa pukul 9.45 baru la terkedek-kedek kejar bas. [Funny] Then sampai kelas ada kuiz untuk Accounting. Strict gila, tengok kiri kanan pun dak boleh, terpaksalah skemakan. Alhamdullilah oklah tadi. Nasib soalan Objective ;) Then study untuk setengah jam baru habis kelas. Kami beli makanan untuk makan tengah hari di Gerai Politeknik. Yala, kalau tiada tapau, xdalah makanan dirumah kan. Kesian tinggal luar ni kan. So lepas sampai rumah ni, lepak-lepaklah tengok TV, Wanita Hari Ini yo. Kamikan WANITA. ahaha. So, lepak-lepak terus terfikir benda-benda yang mau dibeli di kedai bakeri. Jadi semua cari sumber untuk pinjam kereta. Nasiblah ada kawan yang berbaik hati untuk meminjamkan keretanya. Tapi, masalahnya kereta tu manual. ARGH~ terpaksa memberanikan diri untuk meminjam dan memakan kereta manual tu. Haha. Nasib selamat jugalah ke destinasi yang di tuju. Lepas suda beli barang semua, pegilah One Borneo mau beli barang-barang yang lain lagi. ada benda tertinggal lagi xda di Cons Food tu.Beli punya beli, terasa lapar. Kami menjejakkanlah kaki ke Pizza Hut One B. Then, cerita-cerita, baliklah kami ke rumaaaah. Penat. Lepas rehat-rehat sekejap, terus bangun dari kerusi, dan menyantap durian yang dibeli di Indah Permai (IP).  Itu sahaja. Sekarang tengah memikirkan idea untuk buat Journal ni. Percaya atau tidak, satu kelas tiada buat benda ni. Habislah kenak tendang oleh Lecturer. Pemalas punya pasal. Update blog rajin pulak kan. Inilah student. Sekarang jugak kaki berasa sangat sejuk, tapi badan tersangat panas dan memakai stokin. huhhh.. Oklah, Good nite. Take Care U all.



Note untuk Accounting.

Kereta berjasa ;)

Makan Time.


Durian Time. 

Kaki Sejuk.


Assalamualaikum..
-.-