Sunday, May 24, 2009

swine flu

Kejadian Selesema Babi (H1N1) yang telah berjangkit dari manusia ke manusia yang dilaporkan di Mexico, U.S.A. dan beberapa Negara lain akan meningkatkan kemungkinan berlakunya wabak penyakit sejagat. Bagi menghadapi kemungkinan menularnya wabak ke negara kita, kerajaan akan meningkatkan lagi tahap kesiagaan terhadap penyakit ini.


Dalam menghadapi situasi ini, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan meningkatkan survelan aktif dan pasif ke atas 797 buah ladang babi yang terdapat di negara ini. Penternak akan dihubungi bagi mendapatkan maklumat mengenai status kesihatan ternakan dan pekerja mereka. Penternak atau veterinarian yang dapat mengesan ternakan atau pekerja mereka melalui tanda-tanda seperti batuk, berhingus, bersin, sesak nafas dan tidak mahu makan hendaklah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar terdekat atau terus ke Pusat Kawalan Penyakit Haiwan melalui nombor Telefon : 03-88702041 / SMS kepada Sistem Amaran Awal Penyakit Haiwan (SAMPAI) pada nombor 32255.


Sementara itu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) juga akan mengekalkan tahap kesiap siagaan untuk menghadapi wabak Selesema Burung (HPAI) . Sepanjang tahun 2008, sejumlah 38,893 aktiviti survelan dijalankan ke atas kawasan yang berisiko. Persiapan yang sama dibangunkan bagi menghadapi pandemik HPAI dan akan digunakan untuk menghadapi ancaman terbaru ini. Pasukan tindakan pantas (RAT: Rapid Action Teams) dari setiap negeri akan di gerakkan apabila keadaan memerlukan.


Sukacita dimaklumkan tiada haiwan dan produk haiwan yang diimport dari Negara Mexico dan babi hidup yang diimport dari Negara U.S.A. Pengguna tidak perlu bimbang kerana jangkitan Selesema Babi bukannya akibat memakan produk babi jika dimasak dengan baik. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menghadapi ancaman wabak ini.

copy saja. ttba plak rajin check sal isu semasa. cehhh! :D

No comments: