Tuesday, January 10, 2012

Aktiviti Sepanjang Hari Ini.

Assalamualaikum,


Saya nak cerita semuaa kejadian hari ini. hehe. banyak bendaaa mahu ceritaa sebenarnya ni. Baru tengahmalam ni yang rasa rajin sikit mau update blog. hehe. Dari awal pagi, bangun pukul 8.30pagi, iron baju, mandi & bersiap untuk ke kelas pada pukul 10.15pagi. Kira awal la ni kamu pegi kelas pukul 9.30 suda gerak dari ruma, biasa pukul 9.45 baru la terkedek-kedek kejar bas. [Funny] Then sampai kelas ada kuiz untuk Accounting. Strict gila, tengok kiri kanan pun dak boleh, terpaksalah skemakan. Alhamdullilah oklah tadi. Nasib soalan Objective ;) Then study untuk setengah jam baru habis kelas. Kami beli makanan untuk makan tengah hari di Gerai Politeknik. Yala, kalau tiada tapau, xdalah makanan dirumah kan. Kesian tinggal luar ni kan. So lepas sampai rumah ni, lepak-lepaklah tengok TV, Wanita Hari Ini yo. Kamikan WANITA. ahaha. So, lepak-lepak terus terfikir benda-benda yang mau dibeli di kedai bakeri. Jadi semua cari sumber untuk pinjam kereta. Nasiblah ada kawan yang berbaik hati untuk meminjamkan keretanya. Tapi, masalahnya kereta tu manual. ARGH~ terpaksa memberanikan diri untuk meminjam dan memakan kereta manual tu. Haha. Nasib selamat jugalah ke destinasi yang di tuju. Lepas suda beli barang semua, pegilah One Borneo mau beli barang-barang yang lain lagi. ada benda tertinggal lagi xda di Cons Food tu.Beli punya beli, terasa lapar. Kami menjejakkanlah kaki ke Pizza Hut One B. Then, cerita-cerita, baliklah kami ke rumaaaah. Penat. Lepas rehat-rehat sekejap, terus bangun dari kerusi, dan menyantap durian yang dibeli di Indah Permai (IP).  Itu sahaja. Sekarang tengah memikirkan idea untuk buat Journal ni. Percaya atau tidak, satu kelas tiada buat benda ni. Habislah kenak tendang oleh Lecturer. Pemalas punya pasal. Update blog rajin pulak kan. Inilah student. Sekarang jugak kaki berasa sangat sejuk, tapi badan tersangat panas dan memakai stokin. huhhh.. Oklah, Good nite. Take Care U all.



Note untuk Accounting.

Kereta berjasa ;)

Makan Time.


Durian Time. 

Kaki Sejuk.


Assalamualaikum..
-.-

No comments: