Tuesday, January 10, 2012

Lesen memandu automatik hanya boleh memandu kereta automatik.

Assalamualaikum,

Kontroversi baru lagi, baru-baru ni, lesen memandu ada dua suda, yang lama dulu diperkenalkan lesen memandu menggunakan kereta manual. yang baru ni, lesen memandu menggunakan kereta automatik. So, dengan penambahan jenis lesen memandu ni, mesti ada benda yang baru lagi kan, prosedur baru dan lain-lain. So, kerajaan bagi lah satu lagi kontroversi yang lesen memandu kereta auto hanya boleh pandu kereta automatik, tidak kepada kereta manual. kalau kedapatan, habislah, duit terbang lagi lah kan? tapi benda ni belum confirm lagi. hanya di war-warkan di media bertulis jak. Dijangka akan berkuat kuasa pada Mei 2012 ni. Inilah aritikel aku baca tadi. bukan basah basi ya? ;D Sebentar..... 


May 2012 - Boleh Pilih Lesen Memandu Auto Atau Manual

IPOH 10 Jan. - Mereka yang memegang lesen memandu selepas diuji dengan kenderaan transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan jenis itu sahaja mulai Mei ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.


Beliau berkata, melalui pelaksanaan sistem baru itu, pemandu yang lulus selepas diuji menggunakan kenderaan manual dibenarkan memandu kedua-dua jenis kenderaan, transmisi automatik dan manual.

"Kita sedang membuat satu rancangan pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap yang merangkumi ujian menggunakan kereta automatik sebagai satu pilihan.

"Terpulang pada pelajar untuk memilih sama ada mereka hendak diuji dengan kenderaan automatik atau manual untuk belajar. Mereka yang diuji kereta manual lesen memandu boleh digunakan untuk memandu manual dan auto manakala mereka yang diuji dengan kereta auto, pemegang lesen hanya boleh memandu kereta auto sahaja,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - BERNAMA.

No comments: